Resources | Guides, Notes & Sharing

  • INI BUKAN SEKADAR RUANG PERKONGSIAN

Ini adalah himpunan pengalaman yang ingin saya kongsikan supaya boleh digunakan oleh semua orang.

Semua yang dikongsikan di sini datang daripada pengalaman sebenar,
bukan teori, bukan sekadar bacaan.

Ada yang dipelajari dengan mudah,
ada juga yang datang dengan harga yang tinggi.

Setiap langkah yang saya diambil dulu, ada harga yang perlu dibayar.
Kadang-kadang dalam bentuk kewangan dan tenaga,
dan ada juga dalam bentuk masa yang terpaksa berjauhan dengan anak dan keluarga.

Ruang ini diwujudkan untuk berkongsi apa yang mungkin boleh membantu,
walaupun sedikit, dalam perjalanan masing-masing.

  • DOKUMEN PERCUMA UNTUK PERKONGSIAN

Semua dokumen di ruang ini dikongsikan secara percuma sebagai perkongsian pengalaman, untuk mereka yang sedang melalui atau ingin memahami pelbagai proses kerja termasuk tender, terutamanya bagi yang baru bermula.

Ia disusun daripada perkara-perkara kecil yang sering terlepas pandang, tetapi kadang-kadang memberi kesan yang besar dalam perjalanan sebenar.

“Kadang-kadang, yang kecil itulah yang menentukan segalanya.”

Perkongsian ini akan ditambah dari semasa ke semasa,
perlahan-lahan, dengan niat untuk berkongsi apa yang pernah dilalui.

  • ILMU INI PERCUMA. NILAINYA TIDAK.

Dokumen ini dibina daripada pengalaman sebenar, bukan teori, bukan copy paste.
Dikongsikan secara terbuka untuk kefahaman, pembelajaran, dan persediaan yang lebih baik.

Jika perkongsian ini memberi manfaat kepada anda,
saya hanya minta satu perkara, mohon support brand saya, ALMA ZE.

Sokongan anda sangat bermakna, dan menjadi sebab saya terus berkongsi lebih banyak lagi.

RESOURCE SECTION

  • Tender Submission Checklist
    Senarai semak ringkas berdasarkan pengalaman sebenar proses submission.

Dokumen ini dikongsikan secara percuma untuk membantu mereka yang sedang belajar dan memahami proses tender, terutamanya yang baru bermula. Semoga bermanfaat!

Download TENDER Checklist ↗

Downloaded by 100+ people